SUPER JUNIOR

SUPER JUNIOR
Eunhae

Thursday, December 1, 2011

28/11/2011

28/11/2011
8.38pm
Cinta, sayang, rindu, benci...semua itu adalah perasaan yang datang dari hati, sepertimana manusia kadang-kadang tidak dapat
menahannya dari terus menguasai diri seseorang itu. Mereka yang pernah mengalaminya tentu memahami apakah perasan itu.
tidak dapat tidur, makan tidak kenyang dan mandi seperti tidak basah selalunya dikaitkan dengan perasaan itu.
kita yang mengawal hati dan perasaan. bukannya hati dan perasaan yang mengawal kita. sudah pastilah pelbagai masalah akan timbul
jika kita terlalu mengikut perasaan. aku sering kali mengikut kata hati....dan inilah yang terjadi pada aku...hurm..
aku hilang semuanya...tiada seorang pun yang mampu memahami aku...tiada....mereka selalunya akan mengatakan bahawa mereka memahami aku
namun pada akhirnya...mereka biarkan aku menyelesaikan semuanya sendiri.
Keinginan aku untuk merasai semua perasaan itu terbatas disebabkan mereka yang tidak memahami aku...kesusahan dan kepayahan aku untuk
menyayangi mereka tidak langsung diambil kira oleh mereka. Jangan salahkan aku, jika satu hari aku akan akhiri hidup aku tanpa sesiapa disisi
aku dah mencuba, namun mereka yang tidak mahu mengambil langkah yang seterusnya....bukan salah aku....
Aku akan pergi...pergi jauh dari hidup mereka. itu yang sepatotnya aku buat dari dulu...bila kita rapat dengan seseorang...kecenderungan
untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh seseorang itu adalah tinggi.